Search

PencariBlogger


Jumaat, 20 Ogos 2010

Tentang persahabatan dia dan aku



Aku still ingat lagi.Firstly, aku yang tegur dia dulu masa first day dalam kelas. Dia simple orangnya,peramah dan cool. Aku berborak dengan dia dan banyak benda yang kita orang borakkan. Senang nak hidupkan suasana happy dengan dia. Aku ini tak berapa pandai dalam programming, so aku anggap dia sebagai penyuluh aku untuk menjawab soalan programming. Dia pun tak kedekut memberi tunjuk ajar. If ada assignment , kita orang akan info sesama sendiri. Ermm.. then satu kelas tahu macam mana aku rapat dengan dia walaupun kita orang telah berpunya.then, 1 hari tu, aku tak selalu berborak dengan dia. Tak seperti selalu,. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku.malam itu, dia hanta text, apa yang dia send tu, aku agak tersentuh. Ayat dia yang still aku ingat sampai sekarang…….

“ nino, sombong sekarang!. “

“Kau dah tak nak kawan aku lagi ke?”

“If aku ada buat salah dengan ko, aku mintak maaf.”

“Nino,aku tak pernah buang kawan aku. Lagi – lagi kau! Kalau aku tak kawan dengan ko, sapa lagi aku nak kawan. Kau je yang paling rapat denga aku time kelas. “


At the end of text between us, malam itu aku nangis. Aku salahkan diri aku, kenapa tiba – tiba aku berubah sikap dengan dia.? Aku jadi seorang yang sombong dengan dia! Malu nak bertanya dengan dia.perit haty bila teringat balik. Peristiwa ini berlarutan bukan seminggu or sebulan.tetapi 2 bulan. Budak – budak kelas beranggapan aku dengan dia gaduh. Tapi hal yang sebenarnya tiada pergaduhan antara aku dengan dia. Cuma aku sahaja yang elakkan diri dari dia.jujur aku cakap, aku yang jauhkan diri dari dia. Aku perasan benda ini dah lama Cuma puncanya aku sendiri tak tahu!! aku benci dengan sikap aku sendiri. bila air dalam kolam tenang, aku sendiri yang bagi air itu tumpah keluar walaupun tak ada puncanya..sapa je yang faham aku dan tahu aku jenis macam mana.?!

Sebelum aku tidur aku selalu fikirkan macam mana cara untuk aku berbaik dengan dia.niat aku …

“esok aku nak bercakap dengan dia. Aku nak elokkan persahabatan aku dengan dia. Andai kata aku tak bercakap dengan dia. Bila lagi aku nak ada persahabatan balik dengan dia.”



Tapi alangkah sedihnya, niat aku itu tak terlaksana. Makin lama aku pendam, makin susah untuk aku berbaik dengan dia.aku makin susah takda dia. maksud aku,aku bukan ingat pun kerja yang diberikan oleh lecture. If ada soalan aku xpaham, aku tak tahu nak Tanya sapa. sebelum ini aku Tanya dia!kerja – kerja aku makin tertangguh dan tak teurus. Ingat lagi Masa kelas BI, setiap kali aku nak panggil “hafis” mesti aku terpanggil nama dia.betapa rindunya aku nak bercakap dengan dia. setiap kali aku Nampak dia bermuram, aku nak je bertanya keadaan dia.tapi, aku Cuma tengok saja. Aku tak mampu pergi dekat dengan dia. Sedihnya aku bila benda ini terjadi dekat aku. Inilah punca dari diri sendiri.makan diri balik!.

Semalam aku cuba berani untuk text dia. aku agak terkejut bila aku baca apa yang dia text dekat aku. Dia betul – betul kecewa dengan sikap aku sebab dah tak tegur dia. aku betul – betul menguriskan hati dia.aku meyakitkan haty kawan aku!!aku ini kawan jenis apa ek??!!dia tak pernah buat salah dengan aku.sekecik pun. Apa yang dia text itu aku makin kesal. Serbe salah aku dengan dia. aku cuba nak betulkan keadaan aku dengan dia. aku tak nak benda ini berlarutan lama – lama. Takkan aku still tak nak tegur dia sampai sem 6. Aku tak nak dia lupa yang aku ini pernah jadi kawan dia. dia kata dia

‘ maafkan aku dan lupakan benda yang telah berlalu.kita mulakan balik”

Tapi aku tak tahu macam mana aku nak mulakan. Sebab semuanya terpulang dekat aku macam mana nak berbaik dengan dia. aku segan nak tegur dia hari isnin ini. Aargghh!!.. aku takut. Dalam bulan puasa ini aku harap sangat aku boleh berbaik dengan dia macam dulu. Aku rindu nak berborak dan gelak ketawa dengan dia.

Ya Allah, bagi aku petunjuk bagaimana untuk aku berbaik dengan kawan aku dalam bulan yang mulai ini???”