Search

PencariBlogger


Sabtu, 21 Ogos 2010

kerinduan yang mendalam.

sunyi dan sepi
itu yang boleh aku coretkan di dalam blog ini.pembuka cerita hari ini adalah sabtu, minggu student - student poli balik ke rumah untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan keluarga tercinta. aku boleh bayangkan situasi tersebut.tapi aku hanya menikmati berbuka di kamsis PMS dengan dua orang semeste 1 dan senior 3 orang.sekadar menikmati juadah yang ala kadar sahaja. aku still lagi bersyukur walaupun hanya itu yang kami dapat untuk berbuka kali ini.

"SABTU" suasana agak dingin di dalam dorm aku. dan aku hanya merasakan aku
kesepian.bangun sahaja dari tidur, aku dapat rasakan aura yang aku macam rajin hari ini . kerana budak - budak dalam dorm aku sedikit dan aku merajinkan diri dengan mengemas dorm aku sendiri. walaupun puasa, tak bermakna aku tak larat untuk mengemas.dan juga puasa bukan penghalang untuk aku bersikap rajin.
biar pun peluh membasahi tubuh aku, tekak aku dahagakan segelas air, aku tetap tabah untuk menahan nafsu aku. ahirnya, kerja aku terlaksana dengan baik walau pun keadaan aku tidak berapa sihat hari ini. selepas mengemas dorm, aku mencuci pakaian kotor. dan seterusnya besiram. lega sungguh apabila kepala aku disirami air yang sejuk. baru tenaga aku kembali seperti sedia kala dan tiada rasa penat sangat kali ini.

pada waktu petang pula, aku kuatkan diri yang tidak berapa sihat ini untuk pergi ke pasar malam sabtu di bandar .yang ditemani oleh 3 orang senior.tapi makanan yang aku lihat, tidak 1 pun yang menarik minatku untuk membelinya. akhirnya aku akur dengan membeli nasi pataya dan air tebu.itu sahaja juadah untuk aku berbuka.sebelum berbuka, aku merindui orang yang aku sayangi, family aku, best friends, amer, dan aku kenali.tiba - tiba hati aku sebak. aku menangis kerana aku rasakan diri aku tidak penting untuk diingati. sorang - sowang aku telefon. bertanyakan kabar, dalam gelak bercakap air mata aku mengalir tanpa henti.aku mengawal nada supaya tidak di ketahui. apabila aku mendengar suara - suara yang aku rindui aku berasa sedikit lega.alhamdunillah.. aku dapat jugak mengawal diri aku dari terus menangis.
TAPI
sampai bila aku kene terus bergini..?? sampai bila aku perlu nangis lagi?? sampai bila aku perlu lemah?? sampai bila??

"ya Allah, bagi aku penunjuk supaya aku dapat mengawal diri aku dari bersikap sebegini. lindungilah aku dari perkara yang tidak diingini..aku memohaon kepadamu,wahai ya Allah.."