Search

PencariBlogger


Khamis, 22 Disember 2011

katakkan TIDAk

biler dh masuk ke poli ne, sllu beno kite tido lewatkan. maklumlah, cuti 3 minggu ne semua orang bz tapi x tau apa yang dibzkan yee......

Katakan TIDAK Pada LEWAT!

TIDUR MEMANG MENYERONOKKAN, APATAH LAGI BILA BADAN KELETIHAN. IA LUMRAH BAGI PELAJAR-PELAJAR KERANA MEREKA SUKA BERJAGA SEHINGGA LEWAT MALAM UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN, MENGULANG KAJI PELAJARAN DAN SEBAGAINYA. NAMUN UNTUK BANGUN AWAL pAGI, RAMAI YANG MENGALAMI MASALAH SEHINGGA TERPAKSA PONTENG KELAS GARA-GARA TERLAJAK TIDUR. JOM IKUTI TIP BANGUN AWAL INI.

Tidur Awal
Sebagai pelajar, kamu perlu mendapat tidur yang secukupnya supaya badan kamu tidak letih. Seharian kuliah akan menyebabkan kamu kepenatan dan tidur yang cukup akan mengembalikan semula tenaga kamu pada keesokan harinya. pastikan sekitar jam 10 atau 11 malam kamu sudah bersedia untuk tidur supaya apabila bangun pagi kamu tidak malas dan mengantuk.

Jam Loceng
Sediakan bilik kamu dengan jam loceng ataupun pasang alarm pada telefon bimbit. pastikan jam loceng tidak kehabisan bateri atau telefon bimbit telah dicas dengan penuh bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Jadikan kedua-dua barang penting ini peneman setia tidur kamu. Kunci jam sebelum tidur supaya ia dapat mengejutkan kamu keesokan harinya.

Minta Orang Kejutkan
Bagi kamu yang tinggal bersama keluarga mahupun rakan-rakan, pasti tidak akan menghadapi masalah untuk meminta tolong mereka mengejutkan kamu untuk bangun awal. Jika kamu memang sukar untuk bangun pagi, minta mereka renjiskan air atau urut ibu jari kamu sekiranya kamu masih liat untuk bangun pagi.

Tanam Azam
Setiap orang akan mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi. Namun begitu, jika kamu sentiasa menanamkan azam dalam diri, ia tidak akan menjadi satu masalah lagi pada kamu. Jadi sebelum tidur, pastikan kamu berjanji pada diri sendiri untuk bangun awal. Motivasi ini bagus untuk kamu kerana jika setiap hari kamu mengamalkannya, secara automatik otak kamu akan menerima mesej tersebut.